Yana Samsudin Syukur Bayi Selamat, Rancang Buat Majlis Kesyukuran
Setiap pasangan pastinya teruja melalui pengalaman buat kali pertama ketika menyambut kelahiran cahaya mata, sama seperti Yana Samsudin yang baru sahaja menyambut bayi lelaki pertama beliau minggu lalu dengan selamat. Malah katanya lagi, sehingga sekarang beliau dan suami seakan tidak percaya bahawa akhirnya mereka sudah bergelar ibu bapa.
BACA: Yana Samsudin, Fadzil Zahari Selamat Timang Cahaya Mata Sulung
“Alhamdulillah, saya dan suami sangat bersyukur kerana proses kelahiran berjalan lancar. Kami masing-masing teruja dan seakan tidak percaya kerana telah bergelar ayah dan ibu sehingga menitik air mata kerana terlalu gembira dengan anugerah Allah ini. Walaupun, saya terpaksa menahan sakit selama 16 jam sebelum selamat melahirkan secara pembedahan.
“Apapun, kami sangat bersyukur dan lega kerana segalanya selamat dan bayi juga dalam keadaan sihat. Sebenarnya, keadaan pada masa itu sangat kelam-kabut malah tarikh sebenar saya sepatutnya melahirkan bayi pada 25 Julai lalu. Disebabkan ini pengalaman pertama kami menyambut anak, jadi suami agak kekok dan sedikit huru-hara menguruskan saya”
“Selepas semua selesai dan saya serta anak dibenarkan pulang ke rumah, barulah suami ada masa untuk berkongsi berita gembira bersama peminat. Bukannya kami mahu buat kejutan tetapi masa tidak mengizinkan pada waktu itu,” katanya kepada portal My Artis bercerita mengenai pengalaman kali pertamanya menyambut bayi sulung mereka pada minggu lalu.
Selain itu, Yana turut memaklumkan hasratnya untuk mengadakan kenduri kesyukuran selepas selamat melahirkan bayi sulung mereka namun tarikh dan masa majlis tersebut masih belum ditetapkan. Manakala untuk nama pula, Yana dan suami ada menyenaraikan beberapa nama terbaik tetapi masih belum memutuskan lagi nama yang sesuai untuk diberikan. (rkty/w)
syukur semua dah selamat.Jadi lah ibu bapa yg bertanggung jawab dan didik lah anak ke jalan allah swt. Tahniah .
suka sgt couple ni selepa miss nina dan noh ujan..suami yana ni tak sombong..bahas kan diri sendiri abg pada peminat..kira senang lah nk berborak..yana pun sama..walaupun sibuk smpt lgi balas mesej peminat kt fb atu ig dia..
Patutlah jumpa suami Yana dkt Ikea Damansara pd 23/07/16 tgh nk beli tub mandi baby warna putih+hijau… Rupa2nya Yana dah bersalin pd 220716 tu rupanya… Anyway CONGRATS to Yana & husband for the new baby boy born in ur family.. Semoga ank u alls akan membesar dgn sihat dan akan menjadi ank yg soleh buat keluarga, Aamiin.
Tahniah yana dan suami..low profile couple..moga bahagia till jannah