fbpx

Yana Samsudin Keluar MIG Selepas 11 Tahun

Kalau sebut nama pelakon ini, pastinya tiada siapa menafikan yang beliau memang sinonim dengan Metrowealth Pictures (MIG) & sedar atau tidak Yana Samsudin sudah 11 tahun bersama mereka. Damn, I’m old. Anda semua juga, heh.

Menerusi kemaskini terbaru Yana Samsudin di akaun sosial beliau, pelakon ini membayangkan yang beliau kini tidak lagi berada di bawah pengurusan MIG dna bersyukur pengalaman berharga selama 11 tahun berada di bawah mereka.

“Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain. Terima kasih Mejar David Teo & Madam Jane kerana telah memberi nasihat dan peluang kepada saya menceburi bidang seni. 11 tahun jatuh bangun susah senang saya MIG family ada bersama, saya akan kenang sampai bila bila”

“Semoga terus berjaya anakanda Yana Samsudin , haruslah love!”, tulis David Teo menerusi akaun Facebook beliau mendoakan supaya anak didiknya itu terus berjaya. (rtky/m)