fbpx

Yana Samsudin Bersederhana Sambut Kelahiran Bayi

Bakal menyambut kelahiran bayi pertama pada 26 Julai ini, Yana Samsudin akui tidak bernafsu untuk membeli belah barangan keperluan bayi mereka sejak berbadan dua. Dengan itu, mereka memutuskan untuk membuat persiapan menyambut cahaya mata pertama mereka itu secara sederhana sahaja dengan membeli barang keperluan penting.

BACA: Nama Anak: Yana Samsudin Serah Pada Suami

“Saya banyak beli baju bayi sahaja, barang-barang lain tidak beli lagi, setiap kali keluar untuk beli barang saya tidak tahu untuk beli apa dan akhirnya beli baju sahaja. Sejak hamil pun saya jarang menghabiskan masa untuk membeli belah sehingga suami saya pun pelik kerana dia tahu saya seorang yang suka shopping,” katanya kepada m Star Online.

Namun apabila ditanyakan mengenai jantina bayi comel mereka itu, Yana dan suami memilih untuk merahsiakannya terlebih dahulu kerana masih belum bersedia untuk mendedahkan berita itu kepada umum. Tambahnya lagi, biarlah perkara itu menjadi kejutan buat peminatnya dan orang ramai hanya mengetahuinya sebaik sahaja bayi dilahirkan.

Sementara itu, Yana dalam masa yang sama turut memberitahu bahawa sehingga kini beliau masih belum membuat keputusan sama ada ingin bersalin di Kuala Lumpur atau pun di kampung halamannya di Yong Peng, Johor. Ini kerana menurut nasihat doktor jika beliau mahu bersalin di Kuala Lumpur, beliau tidak boleh pulang ke kampung untuk beraya. (rkty/w)