Yana Samsudin: Pada Mata Saya, Dia Lelaki Yang Beriman
Debaran semakin hampir kepada Yana Samsuddin apabila dia bakal diijabkabul pada Jumaat ini dan dalam masa yang sama masih sempat berkongsi sedikit sebanyak mengenai sikap bakal suaminya, Fadzil Zahari, yang dikatakan sangat penyabar orangnya.
BACA: Majlis Kahwin Yana Samsudin Terima 90% Tajaan, Kecuali Makanan Tetamu
“Dalam apa saja situasi tak kira dalam keadaan tegang sekalipun, dia sangat penyabar. Saya hormat sikap dan dirinya. Dia akan pegang kata-katanya termasuklah tahap keseriusannya untuk memperisterikan saya.
“Tutur katanya sangat lembut dan sopan. Dia juga senang di bawa berbincang. Pada mata saya, dia lelaki yang beriman. Dia banyak mengingatkan saya mengenai hal berkaitan agama,” katanya.
Berkongsi cerita mengenai tempoh perkenalannya dengan Fadzil, Yana mengakui terkejut kerana bakal suaminya itu sabar menantinya sejak dari awal perkenalan dan selepas Yana dirisik sekitar 2009.
“Ketika itu juga saya ada cakap kepadanya saya ada banyak tanggungan. Tak boleh fokus bercinta dulu. Pengalaman lalu mematangkan saya. Cuma pada tahun lalu saya cakap saya bersedia untuk berkahwin kerana nenek pun sudah uzur selain kehidupan sudah mula stabil”
“Tapi ketika itu orang ingat saya tuju komen itu kepadanya sedangkan ia secara umum,” katanya yang tidak menyangka Fadzil masih menyimpan hati dan perasaan kepadanya biarpun menunggu lama seterusnya menghantar rombongan meminang Disember lalu. (rtky/syfq)
kata yana, “Tutur katanya sangat lembut dan sopan. Dia juga senang di bawa berbincang. Pada mata saya, dia lelaki yang beriman. Dia banyak mengingatkan saya mengenai hal berkaitan agama,” kita lihat lepas kahwin ni.. kalau silelaki yg beriman, dia akan suruh siyana ni pakai tudung.. jg batas pergaulan.. pakaian.. tp kalau sama sj.. hmmmmm
Sebab tu..Yana sejak dr tahun lepas..dia selalu post gambar pakai tudung.mungkin sebab dia terima nasihat Fadzil.bila hati dah terbuka sikit2..inshaAllah hidayah tu dtg.sentiasa bersangka baik…
biar la dia nk pakai tudung ke tk..yg pnting hati baik . klu pakai tudung , hati busuk watpe? tk elok jugak kann
biarlah dia nak btudung or x.. pasni husband dia yg akan tnggung sumenye.. kite yg btudung ni pn belum tntu lg smpurna imanNye.. yang baik dtg dr allah yg sebaliknya dtg dr kelemahan diri kita.. xde sorg pun yg sempurna.. tp apa salahnya kite cube utk hd yg smpurna kan..
kalau ikut kata2 yana tentang jodoh nya, bagus lah gitu,. kalau sidia jujur dan beriman, sanggup setia dan menunggu yana sehingga akhirnya dapat mmperisterikan yana, itulah sebaik2nya seorang suami yang terbaik. Yana pun seorang yang simple, kuatkerja dan tepikan soal cinta demi untuk memelihara status kewangan kelurga nya yang tercinta. Yana pun tak de bunyi2 skandal dengan orang lain. Tuhan dah janji seorang lelaki yang baik kepada seorang wanita yang juga baik sifatnya dari keseluruhan nya. Semoga penjodohan ini berkekalann sehingga jannah. amin
yup nice (^_^)
biarla dia buat hidung…duit dia dok tak mintak org pe…ramaikan org melayu cantik tak salah pe…
semoga bakal suami/suami awk bersabar dgn mulut awk yg suka mengata org yg x gnggu hidup awk pun :)
apa ceta ni..?
Hrp suami yana nnt x jd mcm abg dia. HAlang yana jmpe mak ayah. Sbb dh jd isteri, konon2 hak mutlak selamanya kan.