fbpx

Kepada anda semua yang belum tahu, pelawak veteran negara Datuk Yahya Sulong atau mesra dengan panggilan Pak Ya telah di’kejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Ampang Isnin lalu selepas terjatuh di’bilik air.

Tengah hari tadi, team Rotikaya.com sempat hadir ke Hospital Ampang untuk melawat keadaan Datuk Yahya Sulong yang kini semakin stabil juga menghadiri majlis ringkas penyampaian bantuan.

Jamawi Jaafar, Pengerusi Biro Kebudayaan & Keseniaan UMNO Malaysia hadir bersama Timbalan Presiden Persatuan Seniman, Zed Zaidi & Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Freddie Fernandez hadir menyampaikan bantuan kepada wakil keluarga Datuk Yahya Sulong. 

Pada majlis ringkas itu, Jamawi Jaafar menyampaikan wang tunai berjumlah RM1,000 sebagai bantuan awal meringankan beban Datuk Yahya Sulong dan akan menghulurkan sebarang bantuan susulan jika perlu.

Mari kita sama sama doakan kesihatan seniman veteran kita ini yang telah membintangi lebih 20 buah filem sepanjang karier beliau.