fbpx

“Ya, Saya Salah Tapi Ambillah Mesej Yang Baik”

Ekoran banyak pendapat dari para agamawan yang menyifatkan perbuataan Tomok menggayakan pakaian perempuan dalam video muzik terbarunya, penyanyi itu akur atas kesilapan yang dilakukan.

Pencetus Ummah (PU) Amin dan beberapa orang lagi agamawan mengeluarkan kenyataan mereka mengatakan yang haram tetap haram walaupun Tomok berniat untuk menyampaikan mesej yang baik menerusi lagu Bekas Kekasih.

“Walau Niat Dakwah Ianya Tetap Haram & Berdosa” – PU Amin

Tomok dalam kemaskini terbaru menerusi Instagram mengatakan yang beliau mengakui kesilapan yang dilakukan namun menyeru para peminat untuk mengambil mesej yang baik sahaja dari video muzik tersebut.

“Saya hanya berlakon sahaja untuk muzik video tersebut, saya mengangkat isu yang bagi saya agak berat kat malaysia sekarang. Bukan suka suka saya berpakaian macam tu, ada mesej yang saya nak sampaikan”

“Seperti yang saya kata sebelum ini yang tak baik jangan ambik, ambik yang baik saja. Kesilapan dari saya saya akui, salah tetap salah,” tulis Tomok. (rtky/m)