fbpx

“Walau Niat Dakwah Ianya Tetap Haram & Berdosa”

Perkongsian menerusi Instagram beliau baru baru ini mengundang pelbagai reaksi masyarakat. Tomok tampil berpakaian seperti seorang wanita untuk sebuah projek video muzik bersama pelakon Beto Kusyairi.

Pencetus Ummah (PU) Amin hari ini tampil memberikan pandangan beliau tentang perkongsian Tomok itu yang dianggap tetap salah walaupun video muzik tersebut mempunyai mesej yang baik selain berdakwah.

BACA: Tomok Enggan Anak Anak Bergelar Artis Di Masa Depan

“Saya sudah melihat video muzik itu dan memang benar ada mesej positif dan unsur dakwah tapi cara penyampaian itu tetap salah dan haram”

“Saya tahu Tomok bukan seperti itu. Tapi sekiranya mahu menyampaikan dakwah perlulah dengan cara yang betul. Saya perlu tegaskan yang haram tetap haram,” ujar PU Amin kepada mStar Online baru baru ini.

Tomok dalam satu kenyataan terlebih awal memberitahu yang beliau berpakaian sebegitu untuk menghidupkan jalan cerita dalam video muzik tersebut. (rtky/m)