fbpx

“Ya, Saya Bercinta Dengan Dini Schatzmann”

Sebelum ini memberitahu hubungannya dengan Dini Azan Schatzmann hanya kawan biasa sahaja, akhirnya Janna Nick mengakui dia kini sedang hangat bercinta dengan pelakon baru berdarah kacukan itu.

Janna berkata hubungannya dengan Dini mula serius sejak Jun lalu. Bagaimanapun, Janna enggan bercerita lanjut mengenai hubungan mereka kerana tidak mahu kisah cinta lebih diperkatakan berbanding kerjaya seni mereka.

BACA: “Masih Belum Boleh Hadam Apa Yang Janna Nick Buat”

“Sebelum ini saya pernah beritahu hubungan dengan Dini hanya sekadar kawan biasa, tapi sejak Jun lalu kami mula serius.

“Bagaimanapun saya tidak mahu bercerita lebih mengenai hubungan cinta kami kerana enggan kisah cinta lebih menjadi topik utama berbanding hal kerjaya seni.

“Apapun doakan semoga hubungan yang baru terbina ini berjalan baik dan saya berharap pengumuman ini dapat memberi pencerahan kepada pihak yang sering berteka-teki mengenai hubungan saya dengan Dini sebelum ini,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Janna meluahkan rasa syukur kerana dipertemukan dengan jejaka itu. Katanya lagi, dia jatuh hati dengan Dini kerana keperibadiannya yang baik hati dan sentiasa membahagiakannya.

“Dia satu dalam sejuta. Saya sukar untuk berjumpa lelaki seperti dia. Kami saling memahami antara satu sama lain.

“Tak pernah rasa bahagia seperti ini. Saya bersyukur kerana dipertemukan dengan lelaki yang baik hati,” katanya.