fbpx

“Masih Belum Boleh Hadam Apa Yang Janna Nick Buat”

Pasti ramai tahu mengenai kemelut melanda antara penerbit dan pengarah, Shiela Rusly dan anak didik kesayangannya, Janna Nick. Sehingga kini, hubungan mereka dilaporkan masih belum baik.

Dalam pada itu, Sheila Rusly mengatakan dia sudah memaafkan Janna, dan sentiasa mendoakan agar Janna Nick berjaya dalam kejayanya dan serta berharap Janna akan sentiasa ikhlas dalam pekerjaan yang dilakukan.

BACA: “Saya Terima Maaf Janna Nick Tapi … “

“Mama dah maafkan Janna. Tidak mengapalah, manusia akan membuat kesilapan dan kadang-kala kita akan berada di satu fasa kita lupa di mana kita bermula.

“Dia masih muda dan perjalanan karier masih jauh lagi. Apa yang dia buat pada saya dan keluarga boleh dijadikan iktibar. Jadilah seorang artis yang membanggakan pengikut,” katanya kepada Kosmo!

Enggan mendedahkan apa sebenarnya yang berlaku antara mereka, Sheila memberitahu dia masih belum dapat menerima apa yang telah dilakukan oleh pelakon itu kepada dirinya dan keluarga.

“Saya rasa dia dah tahu salah dia, dan dia pun rasa menyesal atas perbuatannya. Saya terima mesej dan permohonan maaf Janna. Sebagai manusia, kita harus memaafkan mereka yang ikhlas untuk memohon maaf. Saya sayang dia sebenarnya. Jika saya tidak sayangkannya, dia tidak akan berada di mana dia berada sekarang.

“Cuma, saya masih belum boleh hadam apa yang dia buat. Terlalu peribadi untuk saya kongsi,” katanya.

Terdahulu, kecoh apabila hubungan baik antara Shiela Rusly bersama Janna Nick dilaporkan renggang. Janna memberi bayangan bahawa keretakan hubungan mereka berlaku ketika kedua-duanya sedang menjalani penggambaran drama bersiri Leftenan Zana.