fbpx

“Ya, Memang Saya Yang Ditahan Reman”

Susulan laporan seorang pelawak ditahan reman pada Isnin lalu, Mamat Sepah mengakui dia merupakan individu yang dimaksudkan dan kes itu masih dalam siasatan.

“Bukan KLIA Sahaja, Airport Seluruh Malaysia Perlu Dinaik Taraf”

Baru-baru ini isu lapangan terbang di Malaysia menjadi bualan ramai apabila sebuah gabungan syarikat antarabangsa termasuk Global Infrastructure Partners (GIP) membuat bidaan untuk membeli pegangan penting dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). MAHB diketahui umum...

Baca Lagi

Memetik mStar Online, Mamat berkata dia dan isterinya, Nordiana Ibrahim memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis dan menerima layanan baik sepanjang tempoh siasatan berkenaan.

BACA: “Nama Sepah Beri Kenangan Manis Walaupun Ada Pahitnya” – Mamat

“Ya, memang saya yang ditahan reman berhubung kes tular beberapa hari sebelum ini. Alhamdulillah keadaan saya macam biasa saja lagipun ia masih dalam peringkat siasatan, malah saya berikan kerjasama penuh kepada pihak polis, tiada timbul sebarang isu atau masalah lain,” katanya.

Bagaimanapun, Mamat enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan penyebaran maklumat itu dan lebih baik menyerahkan perkara itu kepada pihak peguam untuk mengulas.

Sementara itu, peguam mewakili Mamat iaitu Muhammad Fadhli M. Sutris berkata kes itu masih lagi dalam siasatan polis dan meminta orang ramai berhenti membuat spekulasi yang boleh menggangu proses siasatan.

Pada Isnin lalu, Mamat dan isterinya ditahan bagi membantu siasatan atas dakwaan penyebaran maklumat dalaman berkaitan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di aplikasi Telegram.

Difahamkan, isterinya dibebaskan dua hari selepas ditahan manakala Mamat pada petang semalam iaitu Khamis.