fbpx

“Nama Sepah Beri Kenangan Manis Walaupun Ada Pahitnya” – Mamat

Pelakon dan pelawak, Mamat Sepah berkata dia tetap dengan pendiriannya untuk mengenalkan namanya itu apatah lagi orang ramai mengenalinya dengan nama tersebut sejak dari dulu.

Memetik Oh Bulan, Mamat berkata nama Sepah membawa tuah serta mengubah hidupnya sehingga berjaya masuk dalam industri seni.

BACA: Mamat Rindu Jep & Shuib, Harap Boleh Duduk Semeja Minum Kopi

“Untuk menukar nama itu tidak mungkin, sebab Sepah itu nama yang ‘luck’ untuk saya sendiri. Jadi saya tetap akan kekal dengan nama Mamat Sepah sebab orang kenal saya dari dulu dengan itu.

“Lagipun pertandingan Mega Spontan yang saya sertai ini hanya satu program. Tapi kalau orang nak panggil saya apa-apa pun saya okay. Apa-apa pun saya tetap dengan pendirian tidak akan menukar. Itu yang nama pertama yang saya dapat ketika masuk industri, jadi saya akan kekal dengan nama itu,” katanya.

Dalam pada itu, Mamat berkata dia pernah terdetik untuk mengubah nama berkenaan pada 12 tahun lalu selepas kumpulan tersebut berpecah.

“Masa berpecah itu ada la terfikir nak tukar tapi 12 tahun lepas. Tapi buat apa, sia-sia saja. Kawan saya pun cakap tak payah sebab dah memang nama saya. Lagipun ada nama Sepahtu, jadi saya tak menganggu pun nama Sepah,” katanya.

Sementara itu, Mamat menyifatkan nama’ Sepah’ yang dicipta olehnya itu untuk kumpulan bersama Shuib dan Jep itu membawa banyak kenangan manis.

“Nama Sepah itu memberi kenangan yang manis untuk saya walaupun ada pahitnya. Tapi walaupun hanya Sepah, dia akan manis sampai bila-bila. Nama itu yang saya cipta untuk kumpulan saya.

“Saya berjaya dengan nama itu juga dan bila di atas pentas ini pun nama saya masih sama. Dekat media sosial pun saya masih kekal dengan nama itu,” katanya.