Penyanyi Aweera meluahkan rasa kecewa mendakwa berdepan masalah hilang suara setiap kali membuat persembahan.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Aweera turut mempersoalkan apabila tiada persembahan suaranya dalam keadaan normal sahaja.

BACA: Aweera Harap Kematian Sepupu Allahyarham Elly Terbela

Screenshot

“Ya Allah, mana vokal aku ini? Setiap kali ada ‘show’ hilang suara. Tak ada ‘show’, okey saja,” katanya.

Sementara itu, Aweera berkata berikutan situasi berlaku itu membuatkan dirinya mahu undur diri dari dunia nyanyian.

“Benda ini yang buat aku rasa nak ‘retire’. Serius aku cakap,” tulisnya.

×