fbpx

Memasuki usia 68 tahun bulan hadapan, pelakon Fauziah Nawi meluahkan rasa bimbang dengan situasi Covid-19 melanda negara, apatah lagi kes semakin tinggi.

Pelakon itu turut marah dengan sikap penting diri pihak yang tidak mahu mengambil suntikan vaksin. Fauziah turut kesal apabila mendengar berita ramai rakyat di negeri kelahirannya, Perak tidak menghadiri temu janji vaksin.

BACA: Fauziah Nawi Sanggup Jumpa Agong, PM Minta Izin Jalani Penggambaran

“Siapa yang 18 tahun ke atas tolonglah pergi vaksin termasuk mereka yang sudah dapat tarikh temu janji, pergilah.

“Kenapa dengan orang Perak ini? Sampai 10,000 orang tak datang. Sudah dapat temu janji, pergilah. Kamu semua tak percaya ke Covid-19 ini membunuh? Kalau satu rumah dah dijangkiti, baru nak menyesal.

“Berdoalah supaya tidak ada apa yang serius berlaku kerana kalau meninggal dunia sekali pun, tiada siapa boleh ziarah kita,” katanya.

Bakal menerima dos pertama vaksin pada 2 Jun ini, Fauziah berkata beliau sentiasa berdoa kepada Allah agar dijauhkan daripada wabak tersebut.

“Ya Allah ya tuhanku, kalau Kau nak cabut nyawa aku, janganlah musim Covid-19. Bukan apa, takut tengok.

“Siapa nak tengok saya dekat kubur? Tengok saya buat kali terkahir…adik beradik tak boleh tengok. Kalau (meninggal dunia) disebakan Covid-19, tayamum sahaja, tak dimandikan. Berbungkus sahaja la,” katanya.