fbpx

‘Wujudkan’ Tabung Kecemasan Dengan Side Income Anda! Ikut Cara Ini

Setiap anak muda pasti mempunyai impian dan matlamat dalam kehidupan. Namun dalam mencapai impian dan matlamat tersebut, anda semua harus sedar realiti kehidupan pasti ada dugaan dan cabarannya.

Pernahkah anda terfikir jika situasi kecemasan berlaku? Terutamanya apabila memerlukan sejumlah wang untuk menyelesaikan situasi yang tak diduga. Cuba anda bayangkan kalau kecemasan betul-betul terjadi, apa reaksi anda?

Katalah tetiba handphone anda rosak, tak ke anda panik? Dah lah sekarang handphone tu penting. Masa ni barulah sedar tinggi rendah langit tu, mana pula nak cekau duit nak beli handphone baru kan! Tapi kalau anda awal-awal tahu pentingnya ada tabung kecemasan segala masalah mungkin dapat di atasi dengan tenang setenangnya.

via GIPHY

Pastu pasti ada yang kata macam mana pula nak simpan? Dapat gaji pun susah nak simpan sebab tak cukup? Tak kan bila berlaku baru nak gelabah kan? Anda perlu ingatkan diri anda bahawa kecemasan boleh berlaku bila-bila masa. Jadi anda perlu sentiasa bersedia.

Jadi kami sarankan anda untuk mula wujudkan tabung kecemasan. Haaa apa kata anda baca tips dan idea yang kami bagi ni untuk buka minda fikiran apa yang boleh anda buat.

1. Freelancer Di Hujung Minggu

Walaupun anda masih bergaji tetap tapi sebenarnya masih boleh buat kerja sambilan di hujung minggu untuk tambah pendapatan. Daripada waktu terluang anda habis begitu dengan bekerja sambilan setiap waktu tersebut bertukar kepada duit!

Sebenarnya banyak peluang perkerjaan sambilan yang anda boleh buat di hujung minggu seperti perkhidmatan e-hailing dan penghantaran makanan yang penting anda kenalah rajin sikit explore apa yang anda boleh lakukan.

Kalau anda nak tahu sekarang ini, ramai yang memilih buat part time bila ada masa terluang, sebab masa kerja yang fleksibel, boleh kerja sendiri tanpa terima arahan daripada sesiapa, dan lagi best boleh kerja dari mana anda berada tapi berpeluang tambah pendapatan sendiri!

2. Jadikan Hobi Sebagai Side Income

Jika anda mempunyai hobi seperti memasak, melukis, mengambil gambar atau sebarang hobi yang boleh mendatangkan pulangan, tak salah untuk anda jadikan hobi ini sebagai servis yang boleh mendatangkan keuntungan. Apa yang anda perlu ada adalah skil dan sentiasa upgrade diri. Masa pun bebas, anda boleh je urus masa sendiri. Ikut suka lah nak atur waktu kerja, yang penting kerja jalan!

Satu lagi, anda anda akan lebih terdorong untuk melakukan kerja dengan lebih rajin. Ye lah nak kan pendapatan tambahan kenalah rajin supaya dapat menampung diri apabila kecemasan berlaku nanti. Paling tak pun dengan adanya pendapatan tambahan, buatkan anda rasa lebih ‘selamat’.

Pekerja bebas seperti content creator, script editor, make-up artist dan banyak lagi kerja lain boleh mendatangkan pulangan. Contohnya, Hasbullah seorang pekerja swasta yang membuat kerja sampingan sebagai VO talent. Hasil pendapatan purata tambahannya RM2,000 sebulan yang memerlukan lebih kurang 10 jam waktu bekerja untuk seminggu sahaja. Amacam padu kan?

3. Pelbagaikan Sumber Pendapatan

Selain daripada mengharapkan sumber pendapatan pekerjaan tetap sahaja, anda juga boleh mempelbagaikan pendapatan anda melalui cara lain.

Antara cara popular yang dilakukan geng-geng milenial adalah memulakan perniagaan dalam talian. Anda boleh je jual makanan, minuman atau buat perkhidmatan sendiri.

Ataupun anda boleh jadi dropship untuk produk orang lain. Ramai usahawan-usahawan di luar sana yang menawarkan pelbagai ejen atau dropship untuk bantu meningkatkan perniagaan mereka. Tak perlu modal pun ada tau. Mudah kan?

Antara pilihan yang anda boleh guna adalah mula perniagaan dropship dalam talian, jual sesuatu seperti hasil pakaian, masakan, bertukang, kraftangan, tumbuhan dan banyak lagi. Dan mana tahu daripada berniaga kecilan gini dan bermula dari rumah tapi dengan berkat kegigihan dapat buka kedai sendiri suatu hari nanti!

Sentiasa Fokus Dengan Matlamat

Sangat penting untuk anda sentiasa fokus dengan apa yang anda impikan. Jangan berhenti explore dan belajar apa yang anda boleh dilakukan. Jika target anda untuk wujudkan simpanan tabung kecemasan, teruskan agar tak tersasar daripada tujuan utama. Bila dah cuba buat perkara di atas, hasil side income tu jangan pula lupa untuk salurkan pada tabung kecemasan. Sentiasa ingat tujuan utama tau.

Anda perlu ingat, simpanan kecemasan ini yang akan membantu anda sewaktu kesusahan. Sediakan payung sebelum hujan!

Bagi memastikan pelan anda untuk membina simpanan kecemasan berjalan dengan lancar, anda perlu terlebih dahulu mempunyai pelan pengurusan kewangan peribadi yang rapi. Kami pasti pelan perancangan ini akan menjadi panduan untuk anda mencapai matlamat kewangan anda.

Setiap Tindakan Pasti Ada Hasil

Setiap yang dilakukan boleh mendatangkan hasil, baik anda memilih untuk jadi freelancer, peniaga kecil, bekerja tetap yang penting anda jika ada usaha, dan rajin pasti akan ada hasil kemudian hari.

Jadi anda jangan tangguh lagi apa yang perlu anda lakukan. Mulakan sekarang, jangan tunggu sehingga sesuatu tak dijangka berlaku baru nak bertindak ye.

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) kini sedang menganjurkan kempen #SediaPayungKewangan yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terutama geng milenials untuk lebih bersedia dari segi kewangan.

Nantikan webinar #SediaPayungKewangan pada 20 Ogos ini secara Live di Facebook PIDM, mengenai kejayaan anak muda kita yang dikenali ramai, founder ML Studios – Mat Luthfi dan founder pakaian Bulan Bintang – Azzim Zahid Azmi.

Nak tahu lebih lanjut, layari LINK INI.