fbpx

Wonder Girls Dilantik Duta Terhormat Untuk Kempen ‘2011 Korean Food’

ALLKPOP.COM – Hari ini 6 September 2011, Wonder Girls telah di’lantik sebagai duta kehormat untuk kempen ‘2011 Korean Food’.

Sebagai duta kehormat untuk kempen ini, Wonder Girls akan bergerak secara aktif di’luar negara untuk meningkatkan kesedaran tentang kualiti & keunikan makanan Korea.

Ahli ahli Wonder Girls berkata, “Agak sukar untuk tidak menjamah makanan Korea selama lebih 3 hari ketika kami menjelajah Amerika Syarikat. Kami bersama Jonas Brothers menjelajah lebih 50 negeri di USA dan kami minta kimchi, gochujang (pepper paste), dan tuna ketika di’atas bas.”

“Pernah sekali, ribut taufan melanda kawasan jelajah kami & kami tidak dapat keluar untuk mendapatkan makanan. Tetapi itu bukan penghalang untuk kami berkunjung ke restoran Korea. Sunye buat ddukbokgi untuk kami.”

Sebagai respons setelah di’namakan sebagai duta kehormat, Wonder Girls berkata, “Ini satu penghormatan & kedudukan yang bermakna buat kami.”

“Jadi kami rasa sangat bersyukur dengan peluang ini dan akan memastikan semua orang tahu akan makanan Korea melalui muzik kami.”