fbpx

Aishah Bergelar Juara Gegar Vaganza 4 (GV4)

Selepas 8 minggu bersiaran akhirnya program nyanyian Gegar Vaganza telah melabuhkan tirainya dengan menobatkan Aishah sebagai juara GV pada musim ini.

Menewaskan lima finalis lain yang turut bertanding iaitu Liza Hanim, Lan Solo, Hazami, Firman dan Tia Jinbara ternyata Aishah berada dalam kelasnya tersendiri.

Menepati ramalan ramai, yang tampil dengan persembahan mantap menerusi lagu solo All By Myself nyanyian asal Celine Dion dan manakala lagu keduanya Supergirl battle bersama Liza Hanim.

Penyanyi Liza Hanim pula terpaksa berpuas hati di tempat kedua. Manakala di tempat ketiga dimenangi oleh penyanyi Lan Solo. Tempat keempat pula disandang oleh Hazami, Firman pula berada di tempat kelima manakala di tempat keenam dimenangi oleh Tia Jinbara.

Menerusi kemenangan itu, Aishah membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000, sebidang tanah lot banglo, pakej percutian ke Eropah Timur, set barangan kemas, E-gift card bernilai RM6000 dan sebuah trofi.

Manakala pemenang di tempat kedua turut membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 50000 beserta hadiah iringan lain. Di tempat ketiga pula hadiah wang tunai berjumlah RM 30000 beserta hadiah iringan lain.

Sementara itu, Aishah turut memenangi anugerah Gelora Vida Vaganza. Manakala Hazami memenangi Anugerah Digi Stars of The Week. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse, peringkat akhir GV4 malam tadi bersiaran secara langsung dari Pinewood Studio, Johor Bahru serta boleh ditonton di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Ria HD (saluran 123). (rtky/h)