Wawa Zainal Tak Manjakan Anak Dengan Wang Ringgit
Pelakon Wawa Zainal berkata dia tidak pernah memanjakan anak-anak dengan wang ringgit malah membenarkan anak keduanya, Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa Suhairil untuk menceburi bidang lakonan.
Menurut Wawa, jika anak-anaknya inginkan duit lebih mereka perlu bekerja keras. Ujarnya, dia dan suami, Aeril Zafrel tidak pernah biasakan anak untuk dapat apa yang dimahukan.
BACA: Hamil Enam Bulan, Wawa Zainal Alah Dengan Peti Sejuk
“Kami (dia dan Aeril) tak pernah manjakan anak. Kalau mereka nak sesuatu nak beli itu ini, kami tak pernah biasakan apatah lagi menjanjikan, senang-senang dapat segala-galanya. Kalau dia nak, dalam sebulan, saya akan bagi peruntukan RM100.
“Kalau dia rasa tak cukup, saya cakap cari duit sendiri. Hayla pun terfikir nak berlakon sebab neneknya selalu bergurau cakap pergilah berlakon nanti bagi nenek duit sikit, bergurau macam itu,” katanya.
Dalam pada itu, Wawa berkata projek lakonan sulung anaknya itu masih belum muktamad lagi kerana memikirkan bakat Hayla perlulah diasah terlebih dahulu.
“Projek lakonan yang dia mungkin terlibat masih belum muktamad. Saya tak nak menyusahkan kru dan pelakon-pelakon lain di set penggambaran.
“Kalau bakatnya boleh diasah, mengapa tidak. Sebulan sebelum penggambaran, saya akan panggil ‘acting coach’. Kalau lepas itu dia okey, silakan. Kalau rasa tak boleh, kita tarik diri,” ujarnya.
Sebelum ini, menerusi satu perkongsian Wawa berkata Hayla akan terlibat dalam satu drama bergandingan dengan pelakon Syukri Yahaya, Nabila Huda, Amerul Affendi dan Adlin Aman Ramli.
Kata Wawa lagi, Hayla sanggup bersengkang mata meneruskan sesi penggambaran dari pagi sehingga malam, semata-mata mahu mengumpul duit poket sendiri bagi membeli aksesori Toca Boca.
- SUMBER
- Kosmo!
Anak huduh terencat ko haha sape kisah bukan ade guna pun
Yg atas ni ada hepatitis ke? Hati dah rosak? Ke, ada covid tahap tertinggi? Sbb xde deria perasaan
Dia lg dulu camtu..broken family child..
doakan jelah dia
Tular di group WhatsApp tentang kewujudan group yang menjual sijil vaccine palsu dengan harga RM1500. Sudahlah anti vaccine, lepastu menunggang pula orang anti-vaccine. Dasyat sungguh.
Siapa jumpa sila lapor polis.
budak2 pon korang nk buli.
Gosip apo gini?
Hayla … mcm nama sportlight plak… Hella … dua ekor laki bini pelik. nampak sangat kaya ‘mengejut’… no komen la ..