fbpx

Hamil Enam Bulan, Wawa Zainal Alah Dengan Peti Sejuk

Kini hamil anak keempat, pelakon Wawa Zainal berkongsikan dia turut mengalami alahan seperti wanita hamil lain. Ujarnya, dia akan mabuk apabila pintu peti sejuk dibuka.

Berkongsikan perkara itu menerusi Insta Story, Wawa berkata sudah empat kali hamil dia tidak mempunyai alahan lain selain daripada peti sejuk. Wawa juga memberitahu dia turut mempunyai alahan terhadap bau bawang.

BACA: Wawa Zainal, Aeril Zafrel Bakal Timang Anak Keempat

“Sudah empat kali hamil, Wawa tak mabuk benda lain. Mabuk kalau buka pintu peti ais sahaja. Kalau buka peti ais automatik muntah,” tulisnya.

Minggu lalu, Wawa mengesahkan dirinya hamil anak keempat. Menerusi satu perkongsian, suaminya, Aeril Zafrel sempat berseloroh mahu seorang lagi cahaya mata untuk mencukupkan 5 orang anak.