fbpx

Wawa Zainal Tak Kisah Suami Puji Pelakon Wanita Lain

Pelakon Wawa Zainal berkata dia mengakui tidak cemburu dengan tindakan suaminya, Aeril Zafrel memuji pelakon wanita lain.

Baru-baru ini tular video di media sosial memaparkan video Aeril memuji aktres jelita, Sophia AlBarakbah menjadi bualan netizen.

BACA: “Sophia Manja, Mungkin Ada Yang Senang Jatuh Hati Kerana Karakternya” – Aeril Zafrel

Susulan video tular itu ada netizen tertanya-tanya mengenai reaksi Wawa adakah dia tidak terasa mengenai berkenaan kenyataan suaminya itu. Bagaimanapun, Wawa berkata dia okay sahaja dan tidak kisah dengan tindakan suaminya itu.

“Mengenai kenyataan Aeril memuji perempuan lain manja itu, saya okay saja. Dia menjelaskan perwatakan kawan dia seperti apa. Okay saja. Jadi, berhenti tanya saya ‘tak marahkah?’ dan ‘tak terasakah?

“Sejujurnya, waktu mula-mula tengok video itu, saya okay saja. Tapi, bila ramai sangat netizen membuat spekulasi, ‘bini dia okaykah?’ dan macam-macam lagi, saya terus rasa normal atau tidak apabila saya tidak rasa apa-apa. Jadi saya buat-buat merajuk sekejap,” tulisnya.

Sebelum ini, Aeril berkata Sophia adalah seorang yang manja dan mungkin disebabkan itu ada yang mudah jatuh hati dengan personalitinya.