“Sophia Manja, Mungkin Ada Yang Senang Jatuh Hati Kerana Karakternya” – Aeril Zafrel
Pernah bergandingan dengan Sophia AlBarakbah menerusi sebuah drama, pelakon Aeril Zafrel menyifatkan aktres jelita itu seorang yang baik.
Memetik Media Hiburan, Aeril berkongsikan drama tersbeut merupakan karya pertama mereka berganding bersama yang turut dibintangi pelakon lain seperti Hanna Delisha dan Izzue Islam.
BACA: “Cakap Love You..”- Bella Astillah Dedah Mesej Dengan Sophia AlBarakbah
Menurut Aeril lagi, Sophia adalah seorang yang manja dan mungkin disebabkan itu ada yang mudah jatuh hati dengan personalitinya.
“Bagi saya dia seorang yang baik. Dia pun manja, mungkin ada yang senang jatuh hati kerana karakternya. Itu pendapat saya lah.
“Sepanjang saya berlakon dengannya, kalau ada yang cepat ‘in love’ memang mudah (jatuh hati). Mungkin kerana karakternya yang sebegitu. Dia juga seorang yang ‘soft spoken’,” katanya.
Dalam pada itu, Aeril berkata dia lebih senang untuk berterus terang dengan heroin yang bergandingan dengannya supaya tidak berlaku salah sangka.
“Biasanya saya akan berlaku ‘transparent’. Saya akan beritahu heroin, ia tidak lebih daripada lakonan dan komitmen semata-mata.
“Sebab sebelum ini pernah terjadi… saya ada dengar daripada rakan pelakon lain. Bila lupa nak beritahu hal tersebut, heroin mendakwa saya nak ‘try’ dia.
“Jadi macam tersalah sangka pula. Sejak situasi itu berlaku, saya lebih senang untuk berterus terang,” katanya.
- SUMBER
- media Hiburan
Tak baik cicuk Bella kesian die ko Tak kesian ke ko crita bodo kalau salah mmg salah kesian die Cuba jaga perkhawinan Sophia tue cantik manja jadi Bella Tak cantik manja cakap Tak guna otak ke paloi
Sofea terlampau cantik Bella sangat sangat cemburu. Tu yg meroyan.
Ala…jantan ni pun nak enterframe isue sofea alrabakdah dgn alip bohjan. Entah-entah ko pun syok kat sofea yg cantik tu tapi takut kat bini. At least. Alip the bohjan tak takut bini.
Bini Aeril pun cantik suara manja…ye Sophia carilah yg bujang adoi…Hati ni kalau bagi dua walau halal mcm sial! Why waste time untuk Alif yg casanova? U bukan tak bijak, cantik, muda, sexy…tak usah taruk drama dalam hidup lah…kalau lepas ni takde nasib berlakon mcm Afifah & Oktovia carilah bidang lain dgn kelulusan yg ada…pada Bella laki dia saint pompuan yg jahat. You can do much better…be stupid once jgn twice.
So aeril nak cakap yg sophia mmg karektornya mcm tu tp alif yg mudah jatuh cinta? Bella,bella..nk aibkan sophia tp bella plk yg dpt malu.