Wawa Zainal Mahu Anak Bertudung Bila Sampai Masa
Gelagat keluarga Wawa Zainal dan Aeril Zafrel sentiasa menjadi perhatian ramai peminat lebih lebih lagi pasangan itu sangat gemar berkongsi perkembangan anak mereka di media sosial.
Baru baru ini Wawa Zainal memuatnaik sekeping gambar menunjukkan anak perempuan beliau, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa yang kini berusia empat tahun namun sudah pandai bergaya dan memilih pakaian sendiri apabila pergi membeli-belah.
BACA: Wawa Zainal, Aeril Zafrel Besarkan Anak Dengan Kemewahan
Ini berbeza dengan anak sulungnya yang lebih gemar bersederhana dalam pemakaian namun Wawa Zainal nampaknya tiada masalah dengan minat anak perempuannya itu. Wawa Zainal turut meluahkan hasrat untuk anaknya itu memakai tudung apabila sampai masa.
“Hasil dia shopping semalam. Semua pilih sendiri termasuk warna kukunya. Pandainya budak zaman sekarang bergaya, berbeza dengan budak lelaki — Hayla kalau pergi shopping mall semua benda nak beli”
“Kalau Attar, satu sudah cukup. Tarik nafas bila ada dua anak perempuan, bergayalah puas-puas ya wahai anak. Sikit tahun lagi pakai tudung pula,” tulis Wawa Zainal. (rtky/m)
Punya nak promo …gossip jadi semakin brainless …..
Comel mcm muka acik ms baby
Bagus la bagi budak2 rasa jadi budak2 dulu sebelum mula mendidik bila dorang dh start faham konsep bertudung tu. bukan mcm most ppl now so taksub sampai baby baru lahir pun diselebungnya dgn tudung siap serkup tomyam selekeh sgt!!! puihhhh