fbpx

Wawa Zainal Hadiahkan Suami Kereta Hampir RM500,000

Jika sebelum ini Aeril Zafrel pernah menghadiahkan sebuah kereta mewah berjenama Mercedes kepada isterinya iaitu Wawa Zainal, nampaknya kini sudah tiba giliran si isteri pula menghadiahkan suami kereta baru. Perkara tersebut dikongsikan Wawa di laman Instagram miliknya.

BACA: Suami Hadiahkan Wawa Zainal Kereta Mewah RM250,000

“Balas jasa suami beli kan i keta haritu. Alhamdulillah ya Allah syukur atas kurniaan rezeki. Walaupun Aeril sedih sikit sebab sebenarnya dia nak kereta sport. Next year ye sayang. Tahun ni tahun yang sangat bermakna buat kami”

“Sikit-sikit impian Allah makbulkan. Benarlah kata orang rezeki itu tak pernah lambat tak pernah cepat dan tak pernah salah alamat. Thank you Allah,” ujar Wawa penuh syukur.

Ternyata perkara tersebut mengundang rasa gembira buat peminat dan pastinya ada pasangan yang mengimpikan perkara yang sama dilalui dalam hidup mereka. Tapi bak kata Wawa, rezeki tak pernah cepat atau lambat, tepat pada alamat.

Jika ingin melihat kereta apa bakal dihadiahkan sesama pasangan ini, haruslah tunggu tahun-tahun seterusnya. (rtky/s)