fbpx

Suami Hadiahkan Wawa Zainal Kereta Mewah RM250,000

Bertuah! Itulah ungkapan yang dikatakan orang ramai apabila melihat Aeril Zafrel menghadiahkan isterinya, Wawa Zainal sebuah kereta mewah, Mercedes C200 yang bernilai sekitar RM250,000 bersempena hari jadi yang ke 27.

BACA: Aeril Zafrel, Wawa Zainal Bawa Anak Bercuti Ke Korea

Menurut perkongsian di laman sosial, hadiah mewah itu diberikan oleh Aeril bagi menghargai pengorbanan dan peranan Wawa sebagai isteri selama mereka berkahwin sejak 2012. Selain memuat naik gambar, Aeril turut memberikan ucapan yang sangat romantis buat isterinya.

Menurut Aeril, isterinya seakan tidak percaya kerana beberapa kali bertanya kepadanya tentang hadiah yang ingin diberikan. Memang terkejut Wawa apabila suaminya itu benar-benar menghadiahkan kereta Mercedes edisi terbaru 2018.

Pengorbanan isteri memang tidak boleh diukur dengan wang ringgit, tapi tidak salah rasanya bagi seorang suami yang mampu menghadiahkan sesuatu yang mahal. Semoga rumah tangga Aeril dan Wawa terus berbahagia. (rtky/w)