fbpx

Wawa Zainal Dah Buktikan Kahwin Muda Pun Boleh Berjaya

Pasangan selebriti terkenal, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal antara yang sering menjadi perhatian ramai. Memiliki tiga cahaya mata comel, ada saja momen manis dan melucukan sering dikongsikan untuk peminat mereka.

Meskipun berkahwin di usia muda dan pada awalnya kehidupan mereka agak sukar, siapa sangka pasangan ini sudah berjaya dalam perniagaan. Bagaimanapun, kejayaan dikecapi kini bukan mudah.

BACA: Tak Cukup Tiga, Wawa Zainal Mahu Tambah Anak Lagi

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wawa Zainal ®? (@w4w4_zainal)

Baru-baru ini menerusi satu perkongsian di Intagram, Wawa ada berkongsikan video menceritakan tentang kisah lalu dengan kejayaan yang dicapainya kini.

Menurut Wawa dia pernah dipandang rendah kerana berkahwin di usia muda, malah ada yang menjangkakan hubungan mereka tidak akan kekal lama.

Tidak mudah melatah dengan tohmahan negatif tersebut, Wawa menjadi kata-kata itu sebagai pembakar semangat untuknya terus berjaya.

“Pernah tak orang pandang rendah pada korang? Wawa juga pernah, tapi kata-kata mereka tu kita jadikan semangat untuk kita berusaha lebih lagi, jangan pernah down tau.

“Ketika kita dah capai apa yang kita impikan dan ketika kita sudah punya segalanya, janganlah sombong dan terlalu bangga dengan apa yang kita ada dan jangan pernah memandang rendah pada orang lain,” tulisnya.

Kata Wawa lagi, dengan kejayaan dikecapinya itu, dia mahu terus membantu orang lain pula untuk berjaya serta memberi semangat kepada yang lain agar jangan berputus asa jika dipandang rendah.

Aeril dan Wawa berkahwin pada 2013 dan dikurniakan tiga anak iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 7, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5, dan Aya Soffya yang kini berusia setahun.