fbpx

Tak Cukup Tiga, Wawa Zainal Mahu Tambah Anak Lagi

Sebut sahaja nama pasangan selebriti, Wawa Zainal dan Aeril Zafril pasti ramai yang kagum melihat keharmonian rumah tangga pasangan ini dan sentiasa berkongsikan momen romantis mereka di media sosial.

Baru-baru ini, Wawa ada memuat naik foto menyambut ulang tahun kelahiran suaminya yang ke-32 di sebuah lokasi mewah berlatar belakangkan bangunan KLCC.

BACA: Wawa Zainal, Aeril Zafrel Serbu Premis Jual Produk Kosmetik Tiruan

Menerusi perkongsian itu, Wawa berkata ini merupakan kejutan pertama dilakukan buat suaminya sepanjang mereka mendirikan rumah tangga. Kata Wawa lagi, dia merasakan seakan-akan baru bercinta.

Wawa juga sempat bertanya kepada peminat jika ada soalan untuk Aeril, namun dia yang akan menjawab. Soalan daripada netizen ini menjadi perhatian apabila bertanyakan adakah mereka merancang untuk menambah cahay mata lagi.

Soalan tersebut dibalas oleh Wawa mengatakan bahawa dia dan Aeril sememangnya mahu menambah cahaya mata lagi. Jawapan Wawa itu membuatkan ramai peminat teruja dan tidak sabar untuk menunggu kehadiran anak keempat pasangan itu.

Aeril dan Wawa berkahwin pada 2013 dan dikurniakan tiga anak iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 7, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5, dan Aya Soffya yang kini berusia setahun.