fbpx

Wawa Zainal Akui Anak Lambat Bercakap Kerana Kerap Terdedah Gajet

Menerusi kemas kini terbaru, Wawa Zainal berkongsi perkembangan anak sulungnya, Ahmad Fakhruddin Attar yang mengalami ‘speech delay’ atau lambat bercakap biarpun sudah berusia enam tahun.

BACA: Aeril Zafrel, Wawa Zainal Bersyukur Kini Bergelar Jutawan

Menurut Wawa, masalah yang dialami anaknya itu adalah kerana pendedahan gajet yang terlalu banyak suatu ketika dulu. Mengakui kesilapan mereka, Wawa menasihati ibu bapa diluar agar mengurangkan aktiviti gajet.

“Ramai yang tanya Attar ni sebenarnya ada masalah apa. Attar ni speech delay. Umur dah 6 tahun tapi belum lancar sangat lagi bercakap tapi Alhamdulillah ada peningkatan semenjak Wawa hantar dia pegi OT, speech therapy”

“Untuk yang mengadu anak masih belum bercakap padahal dah 2 tahun+, 3 tahun tu cuba kurangkan gajet. Sebenarnya Attar ni pun lambat sebab suka tengok gajet dulu, silap kitorang. Bila Wawa posting pasal Attar ramai yang DM”

“Rupanya ramai juga ibu-ibu di luar sana yang alami masalah yang sama. Tak apa kita doa dan usaha. Usahanya hantar pergi terapi etc dan banyak luangkan masa dengan dia. Good luck mommies,” tulisnya di Instagram.

Di ruangan komen pula ramai menceritakan pengalaman sama yang dialami Wawa. Terdahulu Wawa meluahkan rasa bimbang tentang anaknya yang masih belum lancar bercakap biarpun sudah berusia empat tahun. (rtky/w)