"Sekarang Kami Sudah Mampu Dapat Apa Saja Kami Mahu"
Tahniah buat pasangan, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang kini sudah bergelar jutawan dalam bidang perniagaan. Terbaru, Wawa meluahkan rasa syukur apabila perniagaan kosmetik yang diusahakan selama tiga tahun membuahkan hasil.
BACA: Tengok Lakonan Suami, Wawa Zainal Sedih Ingat Perangai Lama
“Sudah tentu saya rasa bersyukur, tak dinafikan memang kami sudah berjaya mencapai beberapa juta. Kami dah rasa, sudah dapat dan mampu apa sahaja yang kami nak selama ini. Tiba masanya berkongsi rezeki dengan orang lain pula”
Berkongsi mengenai kejayaan mereka, Wawa mendedahkan banyak liku yang terpaksa ditanggung seperti ditipu individu berpangkat, selain menghambakan diri mempelajari selok belok bidang peniagaan selama tiga tahun.
“Perasaan puas bila kami berjaya lahirkan dua orang jutawan kosmetik dan empat orang lagi akan menyusul jadi jutawan dalam tahun ini. Masa mula-muka memang susah, lebih-lebih lagi kami tiada ilmu perniagaan”
“Latar belakang keluarga juga bukan orang bisnes. Saya ambil tiga tahun untuk establish. Saya juga pernah ditipu RM100,000 lesao sebab itu saya kurang percaya dengan individu berpangkat ni,” jelasnya.
Terdahulu pasangan ini ditemui di majlis perlancaran Wawa Unicorn Kit Wawa di Bukit Bintang semalam. Hebat betul pasangan ini, dalam masa tiga tahun sudah menjadi jutawan kosmetik, syabas! (rtky/w)
- SUMBER
- M Star Online
untung org cantik.. bonus dlm perniagaan kosmetik, founder dah naturally beautiful..
Alhamdulillah jgn jadi mcm alip syukri / vida udoh le
Ye la tu. true millionaire won’t canang they are millionaire. Focus on products . Ni mcm nak cari stokis ala ala MLM.
Ehh mana kau tau ni? Kau kenal majoriti millionaires kat dunia ni ke blh buat such statement?
Wawa ni celebrity, such is a promotion utk dia la. Brand yg sales juta2, lagi orang percaya = lagi ramai join sales team dan beli = lagi untung. Zaman sekarang focus on products sj mati la, no promotion no money ok
Jangan lupa declared di lhdn plak.. Heheh