Tahniah diucapkan kepada Wawa Zainal dan Aeril Zafrel yang baru saja menimang cahaya mata ketiga mereka di Pusat Perubatan Andorra. Perkara itu dimaklumkan sebentar tadi oleh Aeril menerusi akaun Instagramnya.

Menerusi perkongsian itu, Aeril meluahkan rasa syukur di atas kelahiran bayi perempuannya itu serta mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan proses bersalin berjalan dengan lancar.


BACA: Wawa Zainal, Aeril Zafrel Kini Miliki Wisma Sendiri

Dalam pada itu, Aeril turut memberitahu wajah anak ketiganya itu saling tidak tumpah seperti isterinya. Sebelum ini, Wawa berkongsikan nama anak mereka itu yang diberi nama Ayasoffya bersempena dengan nama sebuah masjid bersejarah di Turki.

Di ruangan komen ramai membanjiri laman sosial pelakon itu, dengan ucapan tahniah diatas kelahiran anak ketiga mereka.

Tahniah sekali lagi kami ucapkan. Semoga kesihatan Wawa dipermudahkan begitu juga dengan proses berpantang selepas ini. Tak sabar nak lihat wajah comel Wawa Junior!