fbpx

Wawa Zainal, Aeril Zafrel Kini Miliki Wisma Sendiri

Kini sudah bergelar ahli perniagaan berjaya dan jutawan dalam bidang perniagaan, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel meluahkan rasa syukur apabila perniagaan kosmetik yang diusahakan selama tiga tahun membuahkan hasil.

Nampaknya perniagaan yang diusahakan melangkah setapak lagi apabila pasangan itu dapat meralisasikan impian untuk mempunyai wisma mereka sendiri. Aeril turut berkongsikan cerita ketika di awal perniagaan mereka hanya bermula di rumah sahaja tanpa ada pekerja.

BACA: Wawa Zainal, Aeril Zafrel Bakal Timang Anak Perempuan

“Alhamdulillah melangkah setapak lagi. Impian untuk duduk di wisma tercapai. Bermula dari bekerja di rumah. Wawa la ambil order Whatsapp, Wawa la yang tulis order dan saya pula tukang hantar barang ke poslaju.

Dalam pada itu, Aeril turut meluahkan rasa syukur di atas rezeki diberikan serta tidak menyangka bahawa kini mempunyai seramai 20 orang pekerja serta 1,000 penjual yang memasarkan produk mereka.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen termasuk rakan artis mengucapkan tahniah serta mendoakan agar perniagaan pasangan itu akan kekal maju serta dapat mengembangkan lagi empayar perniagaan.

Tahniah buat pasangan ini. Apa pun tiada kejayaan datang bergolek, perlukan usaha keras. Diharap kejayaan pasangan ini dapat dijadikan inspirasi buat mereka diluar sana untuk berjaya.