fbpx

Wawa Zainal, Aeril Zafrel Besarkan Anak Dengan Kemewahan

Kini bergelar jutawan dan sudah pun memiliki wisma mereka sendiri, Aeril Zafrel berpendapat tiada salahnya jika dia dan isteri, Wawa Zainal mahu membesarkan anak-anaknya dengan kemewahan yang mereka miliki.

Aeril berkata apa yang diusakan olehnya dan Wawa kini adalah untuk anak-anak mereka juga dan apa yang lebih penting adalah cara didikan yang betul supaya anak-anak menghormati orang lain.

BACA: “18 Kali Wawa Tolak Permintaan Saya Nak Baby, Kali Ke 19…”

“Apa yang saya dan Wawa usahakan sekarang ini salah satunya untuk anak-anak kami juga. Tak nak mereka rasa susah dan macam mana kami struggle dulu.

“Bagi saya tak salah nak beri kemewahan kepada anak-anak. Yang penting kena tahu jaga akhlak mereka dari kecil.

“Ada saja anak orang kaya yang menjaga akhlak dan hormat orang lain. Cara didikan kita itu yang penting supaya mereka akan lebih menghormati orang,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Aeril percaya setiap anak-anak adalah punca rezeki mereka dan setiap daripada mereka memberikan rezeki berbeza-beza. Ujarnya lagi, jika dahulu mereka hanya mampu menyewa, kini sudah mempunyai rumah sendiri.

“Alhamdulillah, bila dah ada anak ketiga, kami sudah mempunyai rumah sendiri. Semua ini saya anggap rezeki anak.

“Percaya rezeki anak dan setiap anak itu ada rezeki masing-masing. Jadi kena tambah baby lagi kalau nak kaya,” selorohnya.

Aeril dan Wawa berkahwin pada 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar 6, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4 dan baru saja menyambut anak ketiga 1 Disember lalu diberi nama Ayyasofya.