fbpx

“18 Kali Wawa Tolak Permintaan Saya Nak Baby, Kali Ke 19…”

Tahniah diucapkan kepada pasangan Wawa Zainal dan Aeril Zafrel yang baru sahaja menimang cahaya mata ketiga mereka pada 1 Disember lalu. Baru-baru ini, Aeril sempat berkongsikan gambarnya bersama anak perempuannya yang diberi nama AyyaSoffya.

Namun apa yang menjadi perhatian adalah kapsyen yang dimuat naik oleh aktor itu ternyata membuatkan rata-rata netizen terhibur. Malah, netizen mengatakan kapsyen tersebut sememangnya ‘mengundang’ dan mendalam maksudnya.

BACA: Wawa Zainal, Aeril Zafrel Selamat Timang Anak Ketiga

Dalam pada itu, di ruangan komen rata-rata netizen seolah tahu kapsyen itu sama seperti kenyataan oleh seorang pendakwah yang pernah tular baru-baru ini.

Terdahulu, Da’i Farhan mendedahkan 18 wanita berhasrat untuk menjadi isteri keduanya. Namun, dia tidak kekuatan untuk menolak takdir Allah yang sudah menetapkan jodohnya dengan wanita ke-19 kerana di Mekah.