fbpx

“Wawa Ketawa Tengok Gambar Lucah Itu”

Bertegas menafikan gambar bogel yang sedang tular kini bukan miiliknya, Aeril Zafrel memberitahu gambar itu sebenarnya sudah lama. Malah menurut Aeril, isterinya, Wawa Zainal hanya gelak apabila ditunjuk gambar berkenaan.

BACA: Sunat Pun Tak Lagi, Aeril Zafrel Nafi Gambar Bogel

“Saya memang tidak sangka ia tular dan menjadi topik ‘membawang’ orang ramai di sosial media. Gambar berkenaan sudah saya tahu kewujudannya sejak kira-kira setahun lepas daripada seorang rakan”

“Saya ingin beri penegasan bahawa gambar bogel itu bukan saya. Wawa okey dan ketawa apabila melihat gambar itu. Dia lebih tahu fizikal saya bagaimana. Lagipun, lelaki dalam gambar itu tidak sunat dan terang-terang bukan saya”

“Apabila ditanya tentang kesahihan gambar tersebut oleh seorang wartawan semalam, saya tertawa. Segelintir orang memang suka menabur fitnah tanpa memikirkan soal dosa. Tidak mengapa, saya doakan sahaja yang baik-baik buat mereka,” jelasnya kepada Kosmo Online.

Terdahulu demi membuktikan individu yang berada dalam gambar tersebut bukan dirinya, Aeril bertindak memuat naik gambar bogel itu di laman sosial tanpa menutup bahagian alat sulit lelaki terbabit namun sudah memadamnya.

Bagaimanapun sikap terbukanya itu tidak disenangi orang ramai yang menganggap Aeril tidak profesional menanggani gosip liar. Ada juga berpendapat tiada keperluan Aeril untuk berbuat begitu hanya demi mempertahankan diri. (rtky/w)