fbpx

Sunat Pun Tak Lagi, Aeril Zafrel Nafi Gambar Bogel

Satu demi satu nama selebriti dikaitkan dengan gambar bogel yang tersebar dan baru-baru ini antara yang terpalit dengan kontroversi adalah Aeril Zafrel. Mengakui tentang kewujudan gambar tersebut sejak tahun lepas lagi, Aeril menafikan perkara tersebut.

BACA: Kerana Dengki, Perniagaan Aeril Zafril Disihir?


“Demi Allah, gambar itu bukan saya. Sudah terang lagi bersuluh, banyak perbezaan antara saya dengan individu dalam gambar berkenaan”

“Saya masih waras untuk buat perkara sebegini. Lagi pula untuk apa? Banyak lagi benda lain saya boleh buat. Kalau sekali pandang, individu dalam gambar berkenaan memang mirip saya. Tetapi, hakikatnya dia bukan saya”

“Saya tidak mahu melatah sebab memang bukan saya. Tidak ada apa yang perlu ditakuti. Saya anggap ini ‘permainan’ dunia siber masa kini,” jelasnya kepada Harian Metro.

Namun bagaimanapun, seorang individu yang dikenali sebagai Isey Is di Facebook pula dikaitkan dengan gambar tersebut. Malah Aeril dalam masa yang sama berharap agar orang ramai tidak terus menyebarkan gambar tersebut. (rtky/s)