Isteri kepada pelawak Shuib iaitu Watie Hanifiah berkongsikan anak tirinya, Ayash Affan disahkan menghidap autisme ringan sejak usia tiga tahun.
Menerusi satu video di Threads, Watie berkata dia membawa Asyah bertemu pakar untuk membuat penilaian.
BACA: “Masa Lahir Tak Bernafas 8 Saat” – Shuib Dedah Punca Tangan Kanan Ayash Kurang Berfungsi
“Saya ada bawa Ayash pergi jumpa pakar yang memerlukannya untuk membuat penilaian sebelum disahkan penyakitnya.
“Ada suatu ketika itu, saya sedang lipat baju di bilik dan meminta dia untuk mengambil alat kawalan jauh televisyen, dia ambil tapi tindakannya berulang sambil ketawa,” katanya.
Menurut Watie lagi, dia juga perlu mengulangi cara sama setiap hari untuk mengajar Ayash tentang sesuatu perkara.
“Jenuh juga masa mula-mula nak ajar dia. Kena buat benda yang sama, rutin yang sama setiap hari. Kita dalam sebulan itu, kita ajar hari hari benda yang sama ,” katanya.