Elfira Ambil Masa Untuk Berehat, Mahu Fokus Pelajaran
Setelah mengenakan hijab, pelakon Elfira Loy mengakui bahawa dia mahu memberi lebih fokus kepada bidang pengacaraan selepas mengambil keputusan untuk bertudung pada sambutan hari lahirnya yang ke 21 baru-baru ini.
BACA: Elfira Loy Akui Baim Wong Sudah Sedia Untuk Kahwin
Elfira berkata, dia mengambil keputusan itu kerana menyedari watak untuk wanita bertudung sepertinya terhad selain bimbang akan menyusahkan pihak produksi.
“Minat saya terhadap pengacaraan memang sejak dari dahulu lagi dan kini saya ingin memberi fokus kepada bidang itu buat masa ini. Bukannya apa saya menyesuaikan diri terlebih dahulu dengan imej sekarang selain tidak mahu menyusahkan pihak produksi,” jelasnya kepada mStar Online.
Bagaimanapun menurut Elfira, perkara berkenaan bukanlah bermaksud bahawa dia ingin meninggalkan terus dunia lakonan, namun ingin berehat seketika dan dalam masa yang sama dapat memberikan ruang kepada pelakon ini untuk memberikan tumpuan kepada pengajian di kolej.
“Lakonan adalah sesuatu yang sudah sebati dengan jiwa saya dan belum bercadang untuk tinggalkan terus cuma memperlahankan sahaja”
Insya-Allah lepas tamat pengajian saya akan aktif semula,” ujarnya lagi menyatakan rasa bersyukur kerana diberi kekuatan untuk melakukan perubahan tersebut pada usia yang muda dan berharap ia akan memberi lebih banyak berkat kepadanya. (rtky/syfq)
Sweet girl. Alhamdulillah..semoga istiqamah =)
omei angat ni… amboi3
comel nyee,, Insya’Allah dpt berkat Allah S.W.T
Kagum dgn Elfira ni :D Weeeeeee
moga cpt jodohnye dgn baim kami semua doakan
EL usah bimbang..insyaAllah rezeki ada di mana-mana, kalau berlakon sj pun belum tentu boleh sampai ke tua. dah makin ramai artis wanita berhijrah berhijab, patut produser filem drama melayu ambil heroin yang sememangnya berhijab…jgn fikir nak hadkan tawaran kpd artis Islamik sbb melaksanakan hukum Allah jd tanggungjawab sesama Muslim…