Warna Coklat Keperangan, Emma Meambong Nafi Warna Rambut Anak
Pelakon Emma Maembong mendedahkan warna rambut anaknya, Shariq Gabriel yang kelihatan coklat keperangan itu adalah warna rambut asli dan bukan diwarnakan seperti yang didakwa.
Memetik Astro Gempak, Emma berkata dia juga memiliki warna rambut seakan sama anaknya ketika zaman mudan namun ianya tidak keliharan selepas dia mewarnakan rambut.
BACA: Nak Ramai Anak, Emma Maembong Usaha Tambah Anak Sejak Habis Pantang
“Memang rambut dia nampak macam highlight kan? Saya tidak warnakannya tapi memang rambut anak saya sebegitu. Warna original.
“Kalau nak tahu, itulah warna rambut sebenar saya ketika kecil. Sebab warna rambut mama saya keperangan dan akhirnya dapat dekat Shariq. Jadi, dapat warna rambut ini dari mama saya.
“Saya dah meningkat usia jadi warna tu dah tiada. Tambahan pula saya selalu warnakan rambut dan touch up uban. Jadi, dah tak nampak warna rambut sebenar.
“Dulu pun orang ingat saya warnakan rambut tapi sebenarnya keturunan,” katanya.
Dalam pada itu, Emma berkata dia tidak kisah dengan apa yang diperkatakan orang ramai serta sangkaan buruk netizen mengenai perkara itu.
“Saya tak kisah orang nak kata apa asalkan jangan benda negatif. Saya rasa tiada kesan apa pun. Bagi saya, kita jangan buat andaian terhadap sesuatu perkara tanpa tahu hal sebenar.
“Bila nampak warna macam highlight sikit mereka andaikan saya warna rambut anak. Nasib baik tak dapat warna rambut blonde, kalau tak… tak tahulah orang nak cakap apa pula,” katanya.
- SUMBER
- Astro Gempak
Rambut blonde taik busuk gk
kebanyakan rambut anak warna jagung tapi sudah besar coklat gelap juga, dekat sama hitam
Orang melayu jenis tak tengok dunia + kaki drama 7pm ni memang PATHETIC TO THE MAX. Normal la warna rambut budak perang etc, tengok la nenek dia pun orang apa. Tolong la keluar tengok dunia, bergaul dgn bermacam2 orang, tak payah tertutup sangat otak tu. Pfft.
Dah neneknya omputih…apa nk heran rambut anak cucu camtu. Len kali bykkan mmbaca ye netizen. Jgn jd katak bwh tempurung…
org biasa betul itu.
anak buah saya sampai kena denda dan dipanggil pengetua sebab kawan2 mengadu rambut diwarnakan masa tinggal diasrama.
hingga adik saya terpaksa ke asramanya sebab membuktikan itu rambut ori.
terpaksa adik saya ckp sebelah bapa saya memang warna begitu kalau tuan tidak percaya saya buka tudung saya warnanya macam itu juga.
nampak sgt ada kaki dengki x tau baca psl genetic.. ko x penah nampak ke org mata biru tp mak bapaknyer mata coklat.. anak2 pon ada yg lain2 rupa parasnya walau adik beradik.. sebelum nk mengutuk fitnah ko lengkapkan diri dgn ilmu dulu supaya kebodohan tu kurang jelas..