Nak Ramai Anak, Emma Maembong Usaha Tambah Anak Sejak Habis Pantang

Pelakon Emma Maembong mengakui sebaik sahaja selepas habis berpantang anak pertama dia da suami mencuba untuk dapatkan zuriat kedua.

Memetik mStar Online, impikan untuk memiliki cahaya mata yang ramai bagaimanapun Emma berkata mungkin belum lagi rezeki untuk menimang anak kedua.

BACA: Pakai Singlet Ketat, Emma Maembong Dikecam Semakin Seksi

“Saya memang ada mencuba untuk dapatkan anak kedua tapi belum ada rezeki lagi. Sebenarnya saya memang merancang untuk dapat anak cepat.

“Kalau boleh lepas pantang anak pertama tu nak cuba terus dapatkan anak kedua. Itulah, kadang-kadang kalau kita nak sangat, susah nak dapat.

“Adik-beradik saya pun 11 orang dan saya selalu jaga anak-anak buah. Jadi misi saya berkahwin memang nak anak. Tapi belum rezeki, mungkin Allah nak saya beri perhatian lebih kepada anak pertama,” katanya.

Emma mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari 2020. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Shariq Gabriel kini berusia dua tahun.