fbpx

Waris Selamat Timang Cahaya Mata Sulung

Tahniah kami ucapkan kepada penyanyi rap, Waris dan juga isteri kerana telah selamat menimang cahaya mata sulung mereka di Tropicana Medical Centre. Perkara itu diumumkan sendiri oleh Waris dengan berkongsikan gambar anak lelakinya itu di Instagram.

BACA: Waris Jual Air Demi Bantu Rakan

waris-selamat-timang-cahaya-mata-sulung-rotikaya

Alhamdulillah, Muddassir bin Muzzammil selamat dilahirkan secara normal jam 1.43 pagi tadi. Welcome to the world,son!,” luah Waris dengan rasa gembira dengan kehadiran anak sulungnya itu.

Selain itu, peminat juga tidak henti-henti mengucapkan tahniah selain turut mendokan yang terbaik buat keluarga ini. Pastinya kehadiran insan baru di dalam keluarga Waris bakal membawa satu pengalaman baru buatnya.

Waris sebelum ini mengakui teruja untuk bergelar bapa. Apa pun, semoga keluarga ini akan terus dilimpahkan rezeki dan bahagia hingga ke Jannah. (rtky/s)