fbpx

Waris Jual Air Demi Bantu Rakan

Mahu bersama-sama berkongsi rezeki dengan rakan rakan, penyanyi hip hop dan rapper, Waris kini sedang giat berniaga air bersama rakan-rakannya di bazar Ramadan yang terletak di Subang Bestari. Malah katanya, perkara tersebut turut mengimbau kembali kenangannya ketika zaman remaja.

BACA: Waris Teruja Bakal Timang Anak Lelaki

“Dulu sebelum jadi artis, saya selalu berniaga air dengan kawan-kawan sekampung setiap kali bulan Ramadan. Dah empat tahun jadi artis, tahun ini terasa rindu nak kembali berniaga. Lagipun dapat jugalah bantu kawan-kawan cari duit lebih sempena nak raya nanti”

“Kami akan mula berniaga dari pukul 3.30 petang sehingga masuk waktu berbuka puasa sepanjang Ramadan,” katanya kepada portal Mangga Online ketika mengimbau kenangan yang mengambil tempat di Rembau, Negeri Sembilan tersebut.

Selain itu, Waris menjelaskan bahawa pada tahun ini dia juga turut mengehadkan aktiviti seni demi meluangkan masa bersama isteri untuk menunaikan terawih bersama keluarga dan rakan. (rtky/s)