fbpx

Waris Teruja Bakal Timang Anak Lelaki

Selepas perkongsian mengenai kehamilan isteri tempoh hari, Waris nampaknya begitu teruja menantikan cahaya pertama mereka yang bakal lahir pada bulan Oktober depan. Perasaan itu bertambah apabila beliau mendapat tahu bahawa jantina bayi tersebut adalah lelaki.

BACA: Waris Akui Menyesal Kahwin Lewat

“Selepas pemeriksaan doktor, saya dan isteri dijangka timang anak lelaki. Buat masa ini masih tak banyak persiapan menyambut bayi sulung tetapi keluarga kedua-dua belah pihak yang sangat teruja memandangkan ini cucu sulung. Saya dah tak sabar nak jadi ayah sebenarnya.

“Dalam tak sabar itu sekarang saya cuba faham tanggungjawab sebagai bapa dan teringat pesan ibu dulu kadang-kadang marah sebab mahu mendidik anak. Saya dan isteri sudah sediakan beberapa nama cuma belum putuskan mana satu yang terbaik,” katanya kepada Mangga Online.

Sementara itu, apabila ditanyakan mengenai perangcangan beliau ketika menyambut bulan Ramadhan nanti, Waris memaklumkan, beliau akan menghadkan seketika aktiviti seninya kerana ingin meluangkan masa menumpukan perhatian pada ibadah terawikh bersama isteri dan keluarga.

Pada masa ama, beliau dan beberapa rakan yang lain turut terlibat dengan perniagaan air di bazar Ramadhan sepanjang bulan puasa. Malah pernigaan ini juga seolah-olah mengimbas kembali kenangannya berniaga air bersama rakan sewaktu sebelum bergelar seorang penyanyi. (rkty/w)