Wardina Safiyyah: Saya Lebih Popular Selepas Saya Berhijab
Kami mungkin mengambil petikan kata kata Wardina Safiyyah ini di luar konteks namun anda boleh mendengar sendiri temubual personaliti TV ini bersama wartawan Australia Network News yang diterbitkan sekitar Ogos 2013 yang lalu.
Secara asasnya, Wardina Safiyyah dijemput untuk memberi pandangan beliau tentang wanita yang bertudung di dalam dunia moden ketika ini dan bagaimana beliau sebagai seorang selebriti mampu mengekalkan kerjaya yang cemerlang selepas berhijab.
Sekitar minit 2:20, wartawan tersebut bertanyakan sama ada Wardina Safiyyah menerima kritikan dari masyarakat selepas beliau mengambil keputusan untuk bertudung dan selebriti ini menjawab yang pada mulanya memang ada yang memandang sinis keputusan beliau.
“Pada awalnya, memang ada kata kata sinis yang mengatakan kerjaya saya akan berakhir & bukan lagi tarikan seksual di televisyen — kalau tidak mahu (saya muncul di televsyen), jangan langsung namun yang sebaliknya pula berlaku”
“Saya menjadi lebih popular kerana saya memakai hijab — suka atau tidak, mereka (wartawan) mesti menulis tentang saya yang memiliki segalanya dan terkenal namun mahu memakai hijab — perhatian media itu membuatkan saya lebih popular,” ujarnya.
Bagus untuk anda Wardina Safiyyah, kami pun memerlukan anda sebagai bahan berita. Situasi menang menang bak kata orang orang tua. (rtky/m)
nanti ada la tu komen cakap dia berlagak. mungkin maksud dia pakai tudung tak semestinya tak boleh popular
utk org yg bakal komen dia mcm berlagak. tolong buka minda dan faham maksud sbnr iaitu TAK SEMESTINYA PAKAI TUDUNG KAU PUNYA REZEKI PUN TERTUTUP. mungkin rezeki lbh murah, kalau bukan dalam bidang ni, mungkin bidang lain. kita mana tau rahsia Allah.
Apa apalah jelah Wardina oi…..bila nak pindah pi Australia ni?????
Shame on you Rotikaya for manipulating this issue! You are highlighting the wrong issue here! Don’t you understand what message Wardina is trying to deliver here? There are so many prejudices on Muslim women in the western world and one of them is on hijab. Muslim women with hijab are frowned upon and are seen as being opressed! Wardina is creating a positive awareness on hijab especially to the western world. To Wardina, congratulations and I think you are doing a fantastic and an honorable job to prove that, wearing a hijab is a positive and uplifting experience for you. Keep up your good job!
Ntah.. Tah apa apa
La rotikaya ni.. Paham
Ke tidak? Malu je nanti korang ni.. Wartawan sentap ke? Fahami apa yg
Wardina cakap tu.. Apa daa.. Takde issue create issue..
why is this, video made back in August 2013 a news?
Rotikaya falsely quoted her statement, and it is not minor disparity but a huge one.
soalan: anda kini telah memakai tudung. adakah anda mengalami sebarang bentuk RASISME (sentimen perkaum) ?
jawapan Wardina:
pada mulanya saya ada mendapat beberapa kenyataan sinis “saya tidak dapat ‘berjaya’ di TV- bukan lagi objek seksual”. Saya tidak mahu menjadi objek seksual. saya tidak kisah sekiranya anda tidak mahu terima saya seadanya dan langsung tidak menerima saya. Tetapi, perkara sebaliknya yang berlaku, saya menjadi lebih popular kerana saya memakai tudung.. suka ataupun tidak, mereka terpaksa menulis mengenai saya kerana mereka ingin mengetahui- “mengapa, gadis ini yang mempunyai segalanya- yang amat popular, kenapa dia mahu memakai hijab?” dan saya mendapat perhatian daripada media, yang menjadikan saya lebih popular iaitu perkara yang dijangkakan/tidak jdiangkakan.
note that she didn’t say she was popular and had everything in life. she put it in a way that PEOPLE presumed her to be as such. it was NOT her statement at all.
you do aware that she can easily sue you on this, don’t you?
don’t tarnish people’s reputation by misquoting someone’s words, especially when you attached the video (August 2013, and its already MAY 2014). utterly idiotic move. be more professional, can you?
Jahat mulut betul rotikaya ni la.
Wardina Safiyyah Kritik Ustaz Don Daniyal Di Facebook.. rase satu kontroversi itu yang buat wardina fofulas.. menggunakan media soooosialll.
hijab aurat.. tp mulut tak tak hijab dari menjaja kutuk org… anniaya orang teramat
rotikaya pembunuh masyarakat.. kpd pengelola blog rotikaya..jg2 dgn krja anda
saya rasa tak eloklah tulis artikel yang misleading macam ni. seolah-olah membuktikan kerjaya wartawan yang suka memutarbelit fakta. saya bagi teguran sebab saya pun wartawan.
Rotikaya biadap. Manipulate articles ikut suke hati engkau. Isu dah lame, nak besarkan balik setakat pasal kau dengki dengam Wardina. Please lah!
Biarla dia nak ckp apa, dah semua benda nak dipertikaikan. Setakat benda ni nak salahkan blogger plak. Ntah apa2. Ada otak ada akal mana info yang bagus kita amik sebagai peringatan mana tak bagus mengucap dan berdoa semoga dia diberikan kesedaran. Habis cerita, Mungkin dia tak sengaja dan tak terfikir dan tak terniat nak tulis mcm tu. Just think positive. Nobody aint perfect. Eventho saya bukan blogger tapi saya rasa tak adil mereka yang susah turun padang buat story untuk korang ini dinilai berdasarkan article pendek ni. Mungkin ‘bahan kutukan’ dan ‘umpatan’ anda pada kawan dan masyarakat sekeliling jauh lebih hebat dari apa yang rotikaya sampaikan disini. renung salah sendiri sebelum berkata-kata.
kepada rotikaya, media menjadi sfera awam dalam mempengaruhi pemikiran masyarakat sekarang. Susah nak carik blog yang berkualiti dan menjaga adab. so sila jaga standard.
undur diri sahaja dari dunia seni.. terlalu banyak kontroversi kerana akalnya yang pendek