Menari Dalam Muzik Video, Wany Hasrita Yakin Mampu Jaga Batas
Mahu keluar dari zon selesannya dan bakal melancarkan lagu rancak untuk single terbarunya, Wany Hasrita berkata dia berkemungkinan akan menari di dalam muzik video lagu terbarunya itu yang akan menjalani penggambaran pada April ini.
Bagaimanapun, Wany berkata dia tetap akan berjaga-jaga dan masih menjaga imejnya sebagai wanita berhijab. Meskipun bimbang tindakannya itu akan menimbulkan rasa kurang senang dikalangan peminatnya, namun Wany bersikap terbuka menerima kritikan.
BACA: Wany Hasrita Hadiahkan Kereta Untuk Ibu
“Saya akan lancar sebuah lagu baharu yang rancak dan buat masa sekarang tajuknya adalah Canggung. Lagu itu memang berbeza dengan sebelum ini sebab saya nak keluar dari kepompong. Mungkin saya akan menari dalam video klip.
“Walaupun ada menari tapi saya masih berjaga-jaga. Kita faham mesti nanti ada yang tak elok di mata orang tapi saya terima saja pendapat mereka,” katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Wany berkata dia teringin untuk menceburi semua bidang dan akan melakukan yang terbaik jika diberi peluang sama ada mengacara atau berlakon. Namun untuk berlakon, pihak produksi perlu mengetahui batas sebagai wanita berhijab.
“Kalau diberi kesempatan dan peluang memang saya nak cuba semua bidang. Tahun lalu saya dapat tawaran untuk mengacara tapi terpaksa tolak. Sebenarnya untuk lakonan saya tak ada letak syarat, tapi pihak produksi mesti kena tahu batas-batas seorang wanita berhijab,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
Tipikal lah jantan..lebih2 lagi Melayu .Sape x nk main/ pasang 2-3 sekali gus. Bohong lah kalu somi akak2 setia sehati sejiwa..cuma sbb x berduit sangkak tu je.. Klau berduit nescaya korg pun dipaksa telan madu ygperit dibuat cam pelapik kaki. Lelaki dan seks xkn pernah puas/cukup. Percaya lah.
Wani hasrita kau tu hitam..diam sudah..bintot hitam,ketiak hitam,kangkang sametelah lah hitam
Ape yg korang merepek ni labuuuu??
Masing2 dah spaced out sebab gosip tak terjangkau akal RK.Hihihi…