Wany Hasrita Tak Suka Pakai Ketat, Tak Kisah Baju Dikritik
Penampilan penyanyi Wany Hasrita di malam Separuh Akhir Muzik-Muzik (SFMM35) pada Disember tahun lalu menjadi perhatian di media sosial apabila dikritik teruk oleh netizen.
Sedar akan kritikan yang diterima, Wany berkata selepas ini dia akan lebih berhati-hati dalam memilih pakaian yang sesuai untuk program di televisyen.
BACA: 100 Meter Kain Digunakan Untuk Hasilkan Gaun Wany Hasrita
“Saya akan lebih berhati-hati dalam soal pemilihan pakaian. Bagi saya, yang paling penting saya selesa pakai dan sebenarnya saya perlu mengambil komen-komen orang juga.
“Orang nak tengok cantik dan mesta TV, jadi kita kena cari juga pakaian yang orang pandang nampak cantik dan sesuai. Benda ini saya masuk dalam senarai pemilihan pakaian.
“Tak semestinya kita kena ikut diri kita saja kan dan pemilihan pakaian, Insya-Allah masih mengekalkan diri saya sebagai Wany Hasrita tapi akan lebih mesra penonton,” katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Wany berkata meskipun pemilihan fesyen akan mengikut kehendak penonton namun dia akan tetap mengekalkan konsep dirinya yang tidak gemar memakai pakaian ketat hingga menampakkan bentuk badan.
“Saya juga ada minta pendapat stylish untuk nak seimbangkan dengan konsep tapi apa yang patut saya rasa this is Wany, tak perlu ubahlah macam saya memang tak suka pakai ketat sangat nak ikut bentuk badan,” katanya.
- SUMBER
- Cari Forum
Elok lg dressing mcm ni atas pentas.. nampak artistik dan ada impact, berbanding orang lain pakai ketat ikut shape, tapi pki tudung. X jelak pakaian sopan walaupun x bertudung. Dari bertudung tp pakaian yang gaya mcm tak ikhlas nak tutup aurat.
Mmmmm…. Lawa juga wany ni. Dia ni dah kawin ke belum? Just curious
Haah bagus lagi nampak rupa badut TAPI Aurat terjaga daripada konon fashion trendsetter tapi macam mempermainkan agama… Ada yang paling MALANG skali, dah lah burok, aurat pun terbukak… Adoii…
Btw congrats wani dapat pertahankan aurat anda…
The best Fashion designer ni sapa yg dpt create simple tp nmpk elegant dan penuh stail walau dlm simplicity. So x perlu nmpk mcm makhluk asing turun dari planet pluto atau nmpk mcm burung kenari atau non human entity utk nmpk kecanggihan idea si pereka sampai org awam yg biasa pun tngk rasa sngt pelik dan x boleh nk brain utk apa ko reka baju mcm tu??? Utk tnjk baju tu org gila jek sanggup pakai?
Utk show, stage and event yg nak super dramatik, bg aku ok je fashion ni. Rasanya dia tau ni bukan pakai utk g kedai runcit mahupun mekd. So chill guys
Ok asal pakai baju !!!!
Baju dah okay. Cm style tudung tu mcm…hmmm..Dh mcm teletubbies..Twinky Pinky..