fbpx

Umum mengetahui anugerah berprestij, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-33 bakal diadakan tidak lama lagi. Pasti ramai yang sudah berteka-teki siapa yang akan dinobat sebagai Bintang Paling Popular pada tahun 2020.

Baru-baru ini, penyanyi Wany Hasrita menjawab pertanyaan peminat mengenai ramalannya selebriti manakah bakal dinobatkan sebagai bintang paling popular pada tahun ini.

BACA: Impian Wany Hasrita Beli Rumah Dua Tingkat Tercapai

Menerusi perkongsian di Insta Story, Wany menjangkakan pelakon dan pengacara Mira Filzah akan dinobat sebagai Bintang Paling Popular buat kali kedua seperti tahun lalu.

“Saya rasa Mira Filzah lagi,” jawabnya sambil tersenyum.

Memetik portal Berita Harian, mereka kini sudahpun membuka pengundian dalam 13 kategori utama dan lima kategori online.