Impian Wany Hasrita Beli Rumah Dua Tingkat Tercapai
Hasrat penyanyi Wany Hasrita untuk memiliki rumah sendiri akhirnya tercapai apabila berjaya menerima kunci kediaman pertamanya baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di Instagram, Wany berkata dia memasang impian untuk memiliki kediaman itu sejak tahun lalu dan meluahkan rasa syukur segalanya dipermudahkan.
BACA: Wany Hasrita Terima Naskah Al-Quran Daripada Raja Arab Saudi
“Alhamdulillah, untuk segalanya. Betullah, kata-kata itu satu doa. Setiap hari sebut nak beli rumah, pegi haji & umrah doa permudahkan utk beli rumah.
“Ini azam saya tahun 2019, 1 tahun delay. Tapi Allah tahu bila waktu yang terbaik untuk dia beri pada hamba-Nya. Ibu, ini rumah kita. Terima kasih pada semua yang mendoakan,” tulisnya.
Dalam entri tersebut, Wany turut berkongsikan kepada peminatnya ruangan dalam rumah berkenaan. Ujarnya, dia akan melakukan beberapa pengubahsuaian sebelum berpindah masuk.
“Ini adalah tanggungjawab, rumah ini tak besar tak kecil tapi sedang cukup untuk kami berdua dan anak-anak kucing. Alhamdulillah,” ujarnya.
boring la retis2 sekarang ni asyik cerita pasal kekayaan…bisnes je. lain la kalau hadiahkan makpak rumah hasil dari berlakon/menyanyi ke duit berkepuk hasil show lagu meletup tup tup tuuuuuu
Lagu hits ko pun akak xpernah dengor pun 2-3 je tu pun krik2…tiba2 showoff harta sembang mcm level biduanita.
Alhamdulillah..
Tahniah wani hasrita.
Acik tumpang seronok
Wany ni anak tunggal ke. Tahniah dik dpt beli rumah. Semoga dpt jodoh yg baik2.
Yg dok kutuk2 tu tah2 ddk rumah pprt dbkl
Alhamdulillah & tahniah wany. Suka tgk anak muda dah ada aset pd usia muda & bawa parents duduk sekali.