fbpx

Wany Hasrita Nafi Beli Undi, Usaha Peminat

Rata-rata kemenangan Wany Hasrita yang memenangi Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH31 mengejutkan orang ramai hingga ada dakwaan beliau membeli undi. Jelas Wany, beliau sendiri menjadi saksi usaha keras kelab peminatnya.

BACA: Wany Hasrita Dinobat Bintang Paling Popular ABPBH 31

“Alhamdulillah kelab peminat saya mempunyai pemikiran ke hadapan. Mereka hanya gunakan pelbagai sumber seperti komputer peribadi yang banyak. Peminat atau pihak pengurusan saya tak keluarkan duit pun untuk membeli undi”

“Kalau beli undi, kenapa mereka tak tidur malam. Baik mereka tidur sahaja. Setiap sejam mereka undi. Sebab itu saya cakap mereka undi sampaikan tak tidur,” jelasnya kepada m Star Online mengenai kemenangannya semalam.

Tambah Wany lagi, beliau tidak berasa tahun ini merupakan tahun bertuah buatnya namun kemenangan anugerah semalam membutkikan penat lelah kelab peminatnya bersengkang mata untuknya berbaloi.

Tahniah diucapkan buat Wany atas anugerah yang dimenangi. Biasalah adat pertandingan ada kalah dan menang, ada yang berpuas hati dan ada yang tidak. Bertuah Wany punya kelab peminat yang rajin mengundi! (rtky/w)