fbpx

Wany Hasrita Dinobat Bintang Paling Popular ABPBH 31

Turut memenangi anugerah Penyanyi Wanita Popular, tahniah diucapkan kepada Wany Hasrita apabila dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular ABPBH Ke-31 dengan undian tertinggi sebanyak 2,052,997. Kemenangan itu melayakkan Wany Hasrita membawa pulang hadiah utama berupa sebuah Citroen C4 Picasso dan sebuah trofi.

Majlis gilang-gemilang yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), dihoskan oleh Janna Nick, Ajak Shiro dan Zara Zya, telah disiarkan secara langsung menerusi TV3.

Berikut merupakan senarai penuh pemenang bagi 13 kategori yang dipertandingkan:

Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH 31:

Artis Baharu Wanita Popular – Farah Nabila
Artis Baharu Lelaki Popular – Fendy Bakri
Penyanyi Wanita Popular – Wany Hasrita
Penyanyi Lelaki Popular – Khai Bahar
Pengacara TV Popular – Neelofa
Penyampai Radio Popular – Haziq (Hot FM)
Artis Komedi Popular – Zizan Razak
Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular – Syamel & Ernie Zakri
Artis Versatil Popular – Alif Satar
Pelakon TV Wanita Popular – Nur Fazura
Pelakon TV Lelaki Popular – Fattah Amin
Pelakon Filem Wanita Popular – Emma Maembong
Pelakon Filem Lelaki Popular – Zul Ariffin

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Noorkumalasari

KATEGORI ONLINE

Pasangan Serasi Drama Popular –Fattah Amin & Fazura
Pasangan Serasi Filem Popular – Zul Ariffin & Nur Fazura
Artis Sensasi Popular – Neelofa
Personaliti Media Sosial Popular – Fatimah Omar Mukhlis
Instafamous Cilik Popular – Arif Jiwa