fbpx

Wany Hasrita Hamil 6 Bulan, Emosi Berjauhan Dengan Suami

Penyanyi Wany Hasrita akhirnya mengesahkan dirinya kini sedang hamil anak sulung dan usia kandungan sudah mencecah enam bulan.

Memetik Kosmo, Wany berkata dia dijangka melahirkan cahaya mata sulungnya itu pada Julai nanti. Wany mengakui sedikit emosi apabila berjauhan dengan suaminya, Mohd. Al-Adib kini bertugas di Kuching, Sarawak.

BACA: Berjauhan Dengan Suami, Wany Hasrita Sebak Nyanyi Lagu Menahan Rindu

“Betul, saya hamil. Alhamdulillah sepanjang mengandung saya tidak mengalami alahan teruk. Disebabkan saya dan suami hidup berjauhan, memang ada masanya sedikit emosional sebab saya terpaksa menjalani pemeriksaan kandungan sendirian dengan ditemani ibu.

“Di mana saya akan bersalin dan berpantang juga belum diputuskan sama ada di sini (Semenanjung) atau dekat dengan suami di Kuching,” katanya.

Sebelum ini hangat diperkatakan apabila timbul dakwaan Wany sedang berbadan dua ketika membuat persembahan pembukaan di Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37 pada Februari lalu apabila kelihatan ‘baby bump’ pada perutnya.

Wany mendirikan rumah tangga bersama suaminya yang juga merupakan seorang juruterbang di Kuching pada Julai 2022.