fbpx

Berjauhan Dengan Suami, Wany Hasrita Sebak Nyanyi Lagu Menahan Rindu

Sudah dua bulan mendirikan rumah tangga, penyanyi Wany Hasrita berkata dia kini berulang-alik ke Kuching, Sarawak untuk bertemu suaminya, Mohd Al Adib Fahmi.

Memetik Utusan Online, Wany berkata dia sedang menyesuaikan diri menjalani hubungan jarak jauh serta tidak menolak kemungkinan untuk menetap di Kuching, namun belum terfikir meninggalkan dunia seni.

BACA: Suami Lagi Handal Memasak, Wany Hasrita Belum Sempat Berguru Dengan Mentua

“Saya masih menyesuaikan diri. Dulu, ingat senang hubungan jarak jauh. Bila sudah jadi suami isteri, baru tahu sukarnya menahan rindu. Tetapi, insya-Allah, saya dan suami okay sahaja. Saling belajar,” katanya.

Menurut Wany, selepas berkahwin dia mengakui sebak apabila menyanyikan lagu Menahan Rindu apatah lagi terpaksa berjuhan dengan suami.

“Kelakarnya, saya tidak pernah sebak bila menyanyikan lagu Menahan Rindu.  Tetapi, apabila kali pertama  menyanyikan lagu itu selepas nikah, terus sebak. Berbeza betul sebelum dan selepas nikah.

“Sekarang, dialah ‘rumah’ saya. Bila ada kelapangan masa, saya akan turun ke Kuching atau dia yang akan ke Kuala Lumpur. Kami kena pandai susun masa dan apabila dapat bertemu, saya memang tidak sentuh telefon langsung,” katanya.

Terdahulu, Wany selamat diijabkabulkan pada 22 Julai lalu dengan jejaka pilihan hati, Mohd Al-Adib yang bekerja dalam bidang penerbangan di Kuching, Sarawak.