fbpx

“Wanita Zaman Sekarang Memang Suka Rampas Suami Orang”

Menerusi posting terbaru, Laudya Cynthia Bella memaklumkan inilah kali terakhir untuknya memuat naik gambar bersama suami, Engku Emran kerana tidak mahu suaminya menjadi ‘target’ wanita perampas.

BACA: Sekitar Resepsi Perkahwinan Engku Emran & Bella

Dalam posting berkenaan, Bella menulis bahawa zaman sekarang wanita suka merampas suami orang lain. Tambahnya dengan sinis lagi, jika benar suka pada seseorang mintalah kepada Tuhan, mak cik ataupun saudara.

Bagaimanapun Bella tidak mendedahkan situasi sebenar yang dihadapinya atau siapakan individu yang cuba merampas suaminya itu. Malah Bella berkata, tindakannya itu atas dasar kesetiaan untuk melindungi suaminya.

Terdahulu Bella dan Emran telah selamat bernikah di Malaysia pada September 2017. Sebelum ini Emran pernah berkahwin dengan Erra Fazira namun pasangan terbabit bercerai pada tahun 2014. (rtky/w)